Selamat . Aman . Makmur

Selamat . Aman . Makmur

Program Hari Ini

SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009 Dengan penuh kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Pada kesempatan ini saya mendoakan kesejahteraan tuan/puan sekeluarga. Semoga tahun baru ini akan memberikan makna dalam perjuangan kita untuk agama, bangsa dan Negara. Marilah kita menguatkan tekad, berazam berkhidmat dengan penuh tanggung jawab untuk melaksanakan amanah dan mandat yang diberi ahli parti, dengan penuh keinsafan demi masa depan bangsa dalam MEMPERKASAKAN UMNO DAN MEMARTABATKAN AGENDA MELAYU. Dikesempatan ini saya menjemput tuan/puan hadir ke Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1430 bertemakan ‘Modular Hijrahku’ sebagaimana aturcara yang dilampirkan. InsyaAllah, keikhlasan kita, dirahmati Allah swt. Sekian, terima kasih. ‘BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT’ MOHD ISA BIN ABU KASIM, AMS TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR
PAS MAHU MUZAKARAH DITUKAR KEPADA MUQABALAH:
PAS sememangnya berminat untuk mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin Umno bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam. Walau bagaimanapun perbincangan itu perlu diadakan secara bersemuka berbentuk "muqabalah" dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta oleh Umno. Komen Datuk Seri Abdul Hadi Awang: “itu salah faham daripada perkataan muzakarah. Tok guru kata yang ada ialah muqabalah. Perkataan muqabalah itu kena buka kamuslah.” Abdul Hadi pula berkata muzakarah yang dinamakan oleh Umno lebih kepada bentuk perdebatan sedangkan apa yang dimahukan oleh Umno adalah muqabalah iaitu perbincangan untuk selesaikan masalah rakyat. Beliau berkata PAS boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno berdasarkan satu matlamat iaitu membincangkan masa depan Umat Islam di negara ini. Katanya adalah menjadi satu kewajipan agama bagi PAS untuk mengadakan perbincangan itu kerana PAS sememangnya parti yang memperjuangkan Islam demi kepentingan orang Islam dan bukan Islam. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi PAS. Mesyuarat yang berlangsung selama sejam setengah mulai 4 petang. Walau bagaimanapun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas hasil mesyuarat tersebut. Komen Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:
“soal perjumpaan untuk masuk BN memang tak ada. Kalau boleh perkataan muzakarah itu ditukarkan kepada muqabalah dalam membincangkan isu berkaitan umat Islam kerana ianya lebih sesuai.”